Kesan Kepupusan Terhadap Kegiatan Ekonomi

Kesan Kepupusan Tehadap Kgiatan Ekonomi.

Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan.

Kegiatan Pembalakan

Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan.Apabila hutan pupus,kegiatan pembalakan tidak dapat dilakukan pada masa depan.Kesannya tiada lagi peluang perkerjaan dalam bidang pembalakan.Sumber kayu balak dalam negara berkurangan dan negara perlu mengimport kayu balak.Selain itu,kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan.

Kegiatan Menankap Ikan.

Kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda menyebabkan anak ikan turut tertangkap.Oleh itu,sumber ikan akan berkurangan.Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut diliputi dengan minyak.Oleh itu,hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi.
Apabila sumber perikanan berkurangan,peluang perkerjaan seperti nelayan dan peraih ikan akan terjejas.Sumber protein daripada hasil kegiatan perikanan menjadi kurang .Oleh itu,negara terpaksa mengimport sumber perikanan bagi keperluan penduduk.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Kegiatan Ekonomi

Perubahan Lanskap Akibat Kegiatan Ekonomi

Kegiatan Perlombongan