Kegiatan Perlombongan

Pemeliharaan

Jabatan Laut mengawal tumpahan minyak di perairan negara.

Kegiatan melombong dan mengankut minyak ke pusat pemprosesan sering menyebabkan tumpuhan minyak.Oleh itu,pemantauan dan tindakan segera terhadap pencemaran air laut dapat mengelakkan hidupan laut daripada musnah.Pihak yang melakukan pencemaran boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pemuliharaan


Anak penyu dipelihara sebelum dilepaskan ke laut.

Pencemaran air boleh menyebabkan hidupan seperti kerang,ikan dan penyu musnah.Oleh itu,langkah pemuliharaan hidupan ini perlu dilakukan.Contohnya pusat pemuliharaan diwujudkan di Rantau Abang,Terengganu.Pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)


Tanaman Jambu batu di kawasan bekas perlombongan.
  
Kawasan rekreasi Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur,merupakan kawasan bekas lombong.

Kawasan bekas lombong boleh ditebus untuk kegiatan pertanian dan rekreasi.Bagi menjalankan kegiatan pertanian,tanah di kawasan terbabit perlu ditabur dengan baja organik.Contohnya tanah bekas lombong di kawasan  Bidor,Perak dapat ditanam dengan jambu batu.Selain itu,kawasan bekas lombong juga boleh dijadikan kawasan rekreasi.Contohnya Taman Titiwangsa di Kuala Lumpur dan Paya Indah Wetland di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Kegiatan Ekonomi

Perubahan Lanskap Akibat Kegiatan Ekonomi