Kegiatan Pembalakkan
Papan tanda "Hutan Simpan"menunjukkan kawalan sesuatu kawasan hutan.
Kerajaan mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai hutan simpandan taman negara.Dalam hutan simpan,pembalakkan dan pemburuan tidak dibenarkan.Bagaimanapun,tumbuh-tumbuhan herba dan buah-buahan hutan boleh diambil dengan kebenaran Jabatan Perhutanan.
Kawasan Taman Negara,Pahang menjadi tempat kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan.
Dalam Taman Negara,kegiatan pembalakan dan pemburuan tidak boleh dijalankan.Walaupun begitu,kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan dibenarkan.Contoh:
Taman Kinabalu,Sabah
Taman Endau-Rompin,Johor
Taman Bako,Sarawak
Pemuliharaan Hutan
Pekerja menanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang.
Kawasan hutan yang telah dibalak ditanam semula untuk menggantikan pokok yang telah ditebang.Contohnya pokok Jati bermutu tinggi ditanam di kawasan tersebut.Pokok ini dibiakkan di pusat pembiakkan pokok hutan seperti Mantin,Negeri Sembilan dan di Sandakan,Sabah.Pusat ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan.
Pemeliharaan Haiwan Liar
Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah,Pahang
Kegiatan menebang hutan menyebabkan habitat haiwan teancam.Oleh itu,ada haiwan ditempatkan semula di pusat pemelihaaan haiwan.Contohnya gajah dipeliharaan Gajah di Kuala Gandah,Pahang.
Comments
Post a Comment