Pencemaran

(Pencemaran)

  • Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran.
  • Pencemaran boleh menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain sama ada di darat atau laut.
(Pencemaran Udara)



  • Kegiatan perindustrian boleh mencemar udara.
  • Misalnya,kilang membuat simen yang melepaskan habuk ke udara tanpa kawalan.
  • Habuk yang mengandungi debu halus menjejaskan pernafasan penduduk yang tinggal berhampiran kilang.
  Kilang memproses getah dan kilang kelapa sawit pula boleh mengeluarkan bau busuk.Bau busuk ini mengganggu keselesaan penduduk sekitar.

Pembakaran hutan untuk pertanian,perindustrian dan kegiatan ekonomi lain boleh menghasilkan asap dan debu .Asap dan debu yang banyak boleh menyebabkan jerebu.Jerebu menjejaskan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan.

(Pencemaran Air)

Sisa Buangan

Sisa buangan kilang menyebabkan air sungai kotor.Terdapat pengusaha kilang yang tidak tanggungjawab membuang sampah sarap dan sisa keladak terus ke dalam sungai.Kesannya,hidupan dalam sungai akan musnah.

Tumpahan Minyak

Tumpahan minyak boleh mengancam hidupan di dalam laut.Pencemaran air laut disebabkan oleh pelanggaran kapal tangki yang mengangkut petroleum mentah atau kapal pecah akibat dilanda taufan.Pencemaran air  laut oleh minyak boleh mengancam hidupan di dalamnya.

Penggunaan Racun

Penggunaan racun rumpai,racun serangga dan baja kimia yang tidak terkawal boleh menyebabkan air sungai dan tasik tercemar.Kesannya,hidupan dalam sungai akan musnah.

Kegiatan Penternakan 

Kegiatan penternakan di kawasan berhampiran sungai boleh menyebabkan pencemaran air sungai.Pencemaran berlaku apabila air najis (kencing) haiwan disalurkan terus ke dalam sungai.Air najis itu mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan boleh mengancam hidupan di dalamnya.Penternakan di kawasan berhampiran sungai mengancam hidupan akuatik di sungai.

(Pencemaran Darat)

Sisa Pepejal Industri

Sisa pepejal industri yang dibuang di merata tempat boleh menjadi tempat pembiakan haiwan seperti:

  • Lipas.
  • Lalat.
  • Tikus.
Haiwan ini boleh menyebarkan penyakit kepada manusia.

Tong Sisa Toksik Yang Terbiar


Tong sisa toksik yang terbiar sangat merbahaya kepada hidupan.Kilang kimia banyak menghasilkan sisa toksik.Pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik di merata tempat.Sisa toksik ini boleh meresap dalam tanah dan menyebabkan pencemaran air bawah tanah.Air yang tercemar jika digunakan akan menjejaskan kelihatan manusia dan haiwan

(Pencemaran Bunyi)

Kegiatan perindustrian dan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran bunyi.Punca pencemaran bunyi termasuklah jentera di tapak pembinaan,stesen juga kuasa dan kenderaan berat.

Kenderaan Berat

Penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan jalan raya terdedah kepada bunyi kenderaan berat.

Jentera

Jentera menanam cerucuk boleh mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal berhampiran.

Enjin Kapal Terbang

Penduduk kawasan perumahan yang terletak berhampiran lapangan terbang terdedah kepada bunyi bising enjin kapal terbang.

Kilang

Kilang yang mengeluarkan bunyi bising boleh mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal di sekitarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Kegiatan Ekonomi

Perubahan Lanskap Akibat Kegiatan Ekonomi

Kegiatan Perlombongan