Kesan Kegiatan Ekonomi

                                                  Kesan Kegiatan Ekonomi


     

 (Kesan Penebangan Hutan) 

  • Kepupusan pelbagai spesies tumbuhan seperti :
  1. Meranti
  2. Jelutung
  3. Cengal 
  4. Keruing 
  • Gangguan terhadap ekosistem kawasan tersebut.
  • Kepupusan pelbagai spesies.

(Kesan Kegiatan Pertanian)

  • Penebangan hutan untuk membuka ladang mendedahkan permukaan bumi kepada hakisa tanah.
  • Kegiatan pertanian pindah telah memusnahkan sumber hutan yang berharga.
  • Kegiatan pertanian satu jenis tanaman juga telah mengurangkan kesuburan tanah.
  • Pengguanaan racun serangga,racun rumpai dan baja kimia yang berlebihan mencemar tanah.
  • Racun serangga yang digunakan akan meniggalkan bahan toksik tidak larut dalam air seperti zink dan plumbum menyebabkan bahan asid terkumpul di dalam tanah.
  • Pencemaran tanah mengancam manusia,ternakan dan hidupan akuatik.                                                                                                     
(Kesan Pembinaan Jalan Raya)

  • Pembinaan jalan raya di kawasan lereng bukit menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.
  • Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan tercemar.





(Kesan Kegiatan Perindustrian)


  • Pembinaan tapak zon industri telah mengubah lanskap kawasan.
  • Berlaku pencemaran sungai akibat hakisan tanah yang dibawa oleh air larian permukaan.
  • Pencemaran udara berlaku akibat pembebasan debu,asap dan habuk daripada kilang-kilang ke udara.
  • Pembuangan sisa toksik dan sampah ke dalam sungai telah menyebabkan air sungai dicemari dan mengancam kehidupan akuatik.
  • Pembebasan CFC telah menipiskan lapisan ozon dan meningkatkan kadar sinaran ultraunga matahari ke permukaan bumi yang menyebabkan barat kulit dan katarak mata.
  • Pembebasan karbon dioksida berlebihan telah meningkatkan suhu bumi.
  • Hujan asid boleh menyebabkan cat luntur dan membahayakan kesihatan.
(Kesan Pembuangan Sampah)


  • Pembuangan sampah ke dalam  parit dan sungai menyebabkan air sungai tercemar dan boleh menyebabkan kejadian banjir kilat apabila hujan lebat seperti kawasan seperti Lembah Klang.
  • Pembuangan sampah juga menyebabkan udara tercemar melalui bau busuk yang dikeluarkan.

Comments

  1. idm crack for pc is a Mozilla Firefox add-on that will allow you to customize your Gmail emails by adding additional contents such as corporate signatures, posts, images, videos and even social network updates.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perubahan Lanskap Akibat Kegiatan Ekonomi

Kegiatan Perlombongan