Posts

Showing posts from July, 2014

Kepupusan Flora dan Fauna

Image
Kepupusan flora dan fauna. Kegiatan ekonomi seperti penerokan hutan dan perindustrian yang tidak dikawal boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan,haiwan liar dan hidupan dalam air pupus. Kepupusan Flora Kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah pertanian boleh menyebabkan pokok dalam hutan berkurangan dan seterusnya pupus.Selain pokok balak,tumbuh-tumbuhan berharga lain seperti:                              Orkid Hutan                               Bunga Rafflesia                                                                                            Pokok Paku Pakis                                  Pokok Periuk Kera Kepupusan Fauna Penerokaan hutan menjejaskan habitat haiwan liar seperti gajah,tapir dan burung merak.Haiwan tersebut sukar memperoleh makanan dan membiak.Akhirnya,haiwan akan mati dan mungkin pupus. Pengusaha kilang,ladang ternakan dan lombong yang membuang bahan buangan ke sungai atau tasik boleh mencemarkan air.Bahan buangan menyebabkan kandung

Pencemaran

Image
(Pencemaran) Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran. Pencemaran boleh menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain sama ada di darat atau laut. (Pencemaran Udara) Kegiatan perindustrian boleh mencemar udara. Misalnya,kilang membuat simen yang melepaskan habuk ke udara tanpa kawalan. Habuk yang mengandungi debu halus menjejaskan pernafasan penduduk yang tinggal berhampiran kilang.   Kilang memproses getah dan kilang kelapa sawit pula boleh mengeluarkan bau busuk.Bau busuk ini mengganggu keselesaan penduduk sekitar. Pembakaran hutan untuk pertanian,perindustrian dan kegiatan ekonomi lain boleh menghasilkan asap dan debu .Asap dan debu yang banyak boleh menyebabkan jerebu.Jerebu menjejaskan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan. (Pencemaran Air) Sisa Buangan Sisa buangan kilang menyebabkan air sungai kotor.Terdapat pengusaha kilang yang tidak tanggungjawab membuang sampah sarap dan sisa keladak terus ke dalam

Perubahan Lanskap Akibat Kegiatan Ekonomi

Image
(Perlombongan) Kegiatan melombong mineral seperti bijih timah meninggalkan kolam air yang besar,tanah berpasir dan permukaan bumi tanpa tumbuh-tumbuhan. (Pembalakan) Kegiatan membalak menyebabkan kawasan hutan menjadi kawasan berlukar. Setelah pokok balak berharga ditebang,yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil,lalang,palma dan semak samun serta jalan lori badak. (Pembinaan) Kegiatan pembinaan boleh mengubah kawasan hutan menjadi kawasan perumahan,kilang atau bangunan untuk membangunkan pejabat dan untuk perniagaan. Ada juga kawasan hutan yang dibina infiastruktur seperti:         Lebuh Raya. Lapangan Terbang. Pelabuhan. Kabel Elektrik. (Pertanian) Kegiatan pertanian telah menyebabkan kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan penamanan seperti: Ladang Kelapa Sawit.                                                                 Ladang Pokok Getah.                                                                 Ladan

Kesan Kegiatan Ekonomi

Image
                                                  Kesan Kegiatan Ekonomi        (Kesan Penebangan Hutan)  Kepupusan pelbagai spesies tumbuhan seperti : Meranti Jelutung Cengal  Keruing  Gangguan terhadap ekosistem kawasan tersebut. Kepupusan pelbagai spesies. (Kesan Kegiatan Pertanian) Penebangan hutan untuk membuka ladang mendedahkan permukaan bumi kepada hakisa tanah. Kegiatan pertanian pindah telah memusnahkan sumber hutan yang berharga. Kegiatan pertanian satu jenis tanaman juga telah mengurangkan kesuburan tanah. Pengguanaan racun serangga,racun rumpai dan baja kimia yang berlebihan mencemar tanah. Racun serangga yang digunakan akan meniggalkan bahan toksik tidak larut dalam air seperti zink dan plumbum menyebabkan bahan asid terkumpul di dalam tanah. Pencemaran tanah mengancam manusia,ternakan dan hidupan akuatik.                                                                                                      ( Kesan Pembinaan Jalan Raya