Posts

Showing posts from January, 2015

Kegiatan Pembalakkan

Image
Pemeliharaan Hutan Papan tanda "Hutan Simpan"menunjukkan kawalan sesuatu kawasan hutan. Kerajaan mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai hutan simpandan taman negara.Dalam hutan simpan,pembalakkan dan pemburuan tidak dibenarkan.Bagaimanapun,tumbuh-tumbuhan herba dan buah-buahan hutan boleh diambil dengan kebenaran Jabatan Perhutanan. Kawasan Taman Negara,Pahang menjadi tempat kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan. Dalam Taman Negara,kegiatan pembalakan dan pemburuan tidak boleh dijalankan.Walaupun begitu,kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan dibenarkan.Contoh:                                                 Taman Negara,Pahang                                               Taman Kinabalu,Sabah Taman Endau-Rompin,Johor Taman Bako,Sarawak Pemuliharaan Hutan Pekerja menanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang. Kawasan hutan yang telah dibalak ditanam semula untuk menggantikan pokok y

Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan

Image
Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan. Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui  langkah pemeliharaan dan pemuliharaan.Sebagai warga yang sayangkan negara,kita semua mestilah menyokong usaha ini. Pemeliharaan                                      Badak Sumatera merupakan haiwan yang hampir pupus. Pemeliharaan merupakan langkah melindungi dan memelihara sesuatu sumber semula jadi daripada tercemar atau pupus.Usaha ini menjamin sumber semula jadi teus wujud dan dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan. Pemuliharaan    Orang Utan merupakan haiwan yang dilindungi di pusat pemuliharaan haiwan di Sepilok. Pemuliharaan merupakan langkah memulihkan sumber semula jadi yang sedang terancam dan hampir pupus supaya boleh terus hidup dan membiak.Di pusat pemuliharaan,tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terancam dipulihara dengan rapi.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan dibiakkan.

Kesan Kepupusan Terhadap Kegiatan Ekonomi

Image
Kesan Kepupusan Tehadap Kgiatan Ekonomi. Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan Pembalakan Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan.Apabila hutan pupus,kegiatan pembalakan tidak dapat dilakukan pada masa depan.Kesannya tiada lagi peluang perkerjaan dalam bidang pembalakan.Sumber kayu balak dalam negara berkurangan dan negara perlu mengimport kayu balak.Selain itu,kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan. Kegiatan Menankap Ikan. Kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda menyebabkan anak ikan turut tertangkap.Oleh itu,sumber ikan akan berkurangan.Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut diliputi dengan minyak.Oleh itu,hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi. Apabila sumber perikanan berkurangan,peluang perkerjaan seperti nel