Posts

Kegiatan Perindustrian

Pemeliharaan Terdapat pengusaha kilang memproses kelapa sawit yang tidak bertanggungjawab menyalurkan sisa keladak kelapa sawit ke dalam sungai.Oleh itu,air sisa keladak perlu dialirkan ke dalam kolam takungan terlebih dahulu supaya keladak mendap.Selepas itu,air yang tidak mengandungi keladak dialirkan ke dalam sungai.

Kegiatan Perlombongan

Image
Pemeliharaan Jabatan Laut mengawal tumpahan minyak di perairan negara. Kegiatan melombong dan mengankut minyak ke pusat pemprosesan sering menyebabkan tumpuhan minyak.Oleh itu,pemantauan dan tindakan segera terhadap pencemaran air laut dapat mengelakkan hidupan laut daripada musnah.Pihak yang melakukan pencemaran boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pemuliharaan Anak penyu dipelihara sebelum dilepaskan ke laut. Pencemaran air boleh menyebabkan hidupan seperti kerang,ikan dan penyu musnah.Oleh itu,langkah pemuliharaan hidupan ini perlu dilakukan.Contohnya pusat pemuliharaan diwujudkan di Rantau Abang,Terengganu.Pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Tanaman Jambu batu di kawasan bekas perlombongan.    Kawasan rekreasi Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur,merupakan kawasan bekas lombong . Kawasan bekas lombong boleh ditebus untuk kegiatan pertanian dan rekreasi.Bagi menjalankan kegiatan pertanian,tanah di kawasan terbabit per

Kegiatan Perikanan

Image
Pemeliharaan Bot Jabatan Laut sentiasa bersiap sedia menjalankan pematauan di laut Menangkap ikan menggunakan bom di laut atau tuba di sungai boleh menyebabkan hiduan dalam air mati.Bagi mengatasinya Jabatan Laut mengadakan pemantauan.Penangkap ikan yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan undang-undang. Pemuliharaan Santuari Ikan Kelah di Tasik Kenyir,Terengganu Ancaman kepupusan ikan dalam sungai boleh dipulihkkan dengan mewujudkan santuari ikan.Contohnya,Ikan Kelah yang hampir pupus boleh dibiakkan dan dilepaskan semua ke ke sungai atau tasik.Antara kawasan santuari Ikan Kelah termasuklah Tasik Kenyir,Terengganu.

Kegiatan Pertanian

Image
Pemeliharaan Kegiatan pertanian menjejaskan kesuburan tanah untuk tanaman.Untuk memelihara tanah supaya terus subur,petani digalakkan membuat giliran tanaman.Contohnya,pada musim pertama kawasan tanah ditanam dengan pokok kacang panjang,pada musim kedua kawasan tanah yang sama ditanam dengan pokok cili. Pemuiharaan Baja Organik Penggunaan baja kimia secara berterusan menyebabkan tanih berasid dan tidak sesuai untuk tanaman.Keadaan ini boleh diatasi dengan cara menggunakn baja organik dan menjalankan tanaman secara bergilir.

Kegiatan Pembalakkan

Image
Pemeliharaan Hutan Papan tanda "Hutan Simpan"menunjukkan kawalan sesuatu kawasan hutan. Kerajaan mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai hutan simpandan taman negara.Dalam hutan simpan,pembalakkan dan pemburuan tidak dibenarkan.Bagaimanapun,tumbuh-tumbuhan herba dan buah-buahan hutan boleh diambil dengan kebenaran Jabatan Perhutanan. Kawasan Taman Negara,Pahang menjadi tempat kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan. Dalam Taman Negara,kegiatan pembalakan dan pemburuan tidak boleh dijalankan.Walaupun begitu,kegiatan rekreasi,pelancongan dan penyelidikan dibenarkan.Contoh:                                                 Taman Negara,Pahang                                               Taman Kinabalu,Sabah Taman Endau-Rompin,Johor Taman Bako,Sarawak Pemuliharaan Hutan Pekerja menanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang. Kawasan hutan yang telah dibalak ditanam semula untuk menggantikan pokok y

Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan

Image
Langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan. Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui  langkah pemeliharaan dan pemuliharaan.Sebagai warga yang sayangkan negara,kita semua mestilah menyokong usaha ini. Pemeliharaan                                      Badak Sumatera merupakan haiwan yang hampir pupus. Pemeliharaan merupakan langkah melindungi dan memelihara sesuatu sumber semula jadi daripada tercemar atau pupus.Usaha ini menjamin sumber semula jadi teus wujud dan dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan. Pemuliharaan    Orang Utan merupakan haiwan yang dilindungi di pusat pemuliharaan haiwan di Sepilok. Pemuliharaan merupakan langkah memulihkan sumber semula jadi yang sedang terancam dan hampir pupus supaya boleh terus hidup dan membiak.Di pusat pemuliharaan,tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terancam dipulihara dengan rapi.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan dibiakkan.

Kesan Kepupusan Terhadap Kegiatan Ekonomi

Image
Kesan Kepupusan Tehadap Kgiatan Ekonomi. Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan Pembalakan Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan.Apabila hutan pupus,kegiatan pembalakan tidak dapat dilakukan pada masa depan.Kesannya tiada lagi peluang perkerjaan dalam bidang pembalakan.Sumber kayu balak dalam negara berkurangan dan negara perlu mengimport kayu balak.Selain itu,kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan. Kegiatan Menankap Ikan. Kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda menyebabkan anak ikan turut tertangkap.Oleh itu,sumber ikan akan berkurangan.Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut diliputi dengan minyak.Oleh itu,hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi. Apabila sumber perikanan berkurangan,peluang perkerjaan seperti nel